Here we go again, our recent activity at Peliau beach has been featured in Sin Chew Daily. Below is the translation in Bahasa, thanks for the effort Mr. Jong Chee Ming.
"Bertolak melalui jalan Miri-Luak bay, Jalan Pantai Miri
Bintulu, kumpulan kereta klasik telah melalui Kampung Bakam, Kampung Belaya,
Kampung Telahap, Kampung Angus, Kampung Puai, kampung Peliau dan akhirnya
berkumpul di Pantai Peliau, Sibuti.
Kereta lama dari tahun 30an dan 40an merupakan kereta Jepun
dan dan kereta Eropah ini masih 'sihat dan bertenaga'. Selain mempunyai nilai
dan sejarah untuk koleksi, kereta lama tersebut merupakan 'Daily Driven' bagi
pemiliknya.
Dalam 31 buah kereta klasik, 26 kereta adalah dari Miri dan
5 buah lagi dari kumpulan kereta klasik Brunei.
Ada pelbagai jenis kereta klasik yang mengikuti TT tersebut.
Contohnya Kereta Eropah Jenis Mercedes Benz E-class Jenerasi yang ketiga dengan
chassis nombor W115. Kata pemiliknya Encik Jong; model Benz tersebut merupakan
model yang popular dan menunjuk identiti seseorang, justeru merupakan model
benz yang paling laras jualannya.
(Encik Jong berkata) " Saya suka kereta klasik kerana
garisan halus dan pandangan kereta klasik yang unik. Dengan jiwa dan tenaga
yang banyak digunakan untuk proses pembaharuan, kereta klasik akhirnya baru
dapat berjalan di jalan raya. pada masa yang sama, saya juga belajar banyak
dalam proses pembahuruan kereta lama."
Untuk pengetahuan, kebanyakkan kereta klasik adalah kereta
pada zaman 70'an. Ini termasuklah Mazda Rx7 Savanna, Honda Civic generasi
pertama, Mitsubishi edisi AD, Datsun 120Y, Toyota Celica serta series KE
misalnya KE20, KE25, KE35 dan KE70. yang lain-lain contohnya Celica TA22 dan
KP30. Jenis kereta klasik yang berbeza menunjukkan keunikkan dan identiti yang
berbeza; perasaan ini hanya peminat kereta klasik dapat mengetahuinya
kemanisannya.
Tajuk: 'Keunikkan reka bentuk kereta klasik'- Menyimpan dan
koleksi kereta Klasik merupakan hobi yang unik, terutamanya selepas
diperbaharui dan diubahsuai; terus menarik tumpuan ramai serta 'menjolok dan
mencuci mata' public di jalan raya.
Untuk pengetahuan, kereta klasik mempunyai model dan reka bentuk
yang unik, reka bentuk yang berlainan serta enjin yang istimewa. kereta dari
zaman yang berlainan turut menunjukkan 'Trend' reka bentuk kereta pada zaman
tersebut. lebih-lebih lagi jenis 'spesis' kereta yang hampir pupus, turut
mendapat permintaan dari peminat kereta klasik dengan nilai yang tak terhingga.
Menurut pemilik kereta klasik, kereta lama tersebut
merupakan kereta yang perlu dibaikpulih dan diperbaharui sebelum dapat berjalan
di jalan raya. kebanyakkan merupakkan kereta rosak yang terbiar di bengkel
bagai besi buruk.
Many thanks Mr. Press for the coverage, you rock!
Stay tuned for full story.
No comments:
Post a Comment